8 Tips Mudah Pantas Belajar

8 Tips Mudah Pantas Belajar

Kebanyakan individu sudah pastinya mengimpikan kelebihan dalam ilmu  pantas belajar. Pantas belajar bermaksud kecekapan seseorang individu dalam  menguasai apa yang dipelajari dan dilihat. Individu seperti ini dapat mengolah sendiri setiap perkara yang diketahui. Tidak dinafikan terdapat banyak halangan untuk seseorang individu menguasai ilmu pantas belajar.Oleh itu anda mestilah mengikuti setiap tips mudah untuk pantas belajar yang disarankan.

Pantas belajar membolehkan anda cekap dalam berfikir

Pantas belajar membolehkan anda cekap dalam berfikir

Antara halangan seseorang idividu kurang menguasai ilmu pantas belajar:

  • Sering mendapat gred rendah
  • Tidak yakin pada diri
  • Kurang tumpuan dalam kelas
  • Daya ingatan yang lemah
  • Kurang membuat latihan
  • Mengambil masa yang lama untuk menguasai ilmu pelajaran
  • Tidak tahu teknik belajar dengan pantas
  • Malas mengulangkaji

8 tips mudah pantas belajar:

  • Mengulangkaji pelajaran  – Sentiasa mengulangkaji setiap mata pelajaran yang dipelajari supaya difahami dengan lebih jelas.
  • Suasana pembelajaran – Mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa supaya minda lebih tenang dan mudah menerima apa yang dipelajari.
  • Tidak paksa diri – Tidak memaksa diri untuk belajar berlebihan kerana badan dan otak juga memerlukan rehat yang cukup.
  • Belajar awal pagi – Diwaktu pagi otak lebih segar dan mudah mengingati setiap yang dilakukan.
  • Mencatat secara ringkas – Membuat catatan kecil supaya mudah dirujuk atau dibaca. Hal ini tidak akan mengelirukan otak anda.
  • Belajar berkumpulan – Belajar bersama rakan juga akan menambah ilmu pengetahuan dan membolehkan anda pantas belajar sesuatu.
  • Fokus ‘tumpuan’ – Memberi tumpuan semasa sesi pembelajaran berlangsung. Perkara ini akan menyebabkan anda mudah mengingati point penting dalam setiap baris ayat.
  • Mempraktik – Bukan sahaja mendengar, anda juga mestilah memahami dan menghafal setiap perkataan penting yang dipelajari dengan lebih pantas.

Kami menyediakan Brilliante dan Pro dg iaitu kombinasi  hebat untuk perhubungan sel-sel otak. Produk ini dihasilkan sebagai makanan tambahan untuk melahirkan otak yang cerdas.

Advertisements

Definisi Malas Belajar dan Solusinya

Definisi Malas Belajar dan Solusinya

Definisi malas belajar adalah seseorang yang tidak mahu mengikuti proses pembelajaran dengan baik untuk memahami dan menganalisis materi pelajaran. Akibat daripada masalah malas belajar mereka lebih gemar melakukan aktiviti yang kurang berfaedah. Hal ini menyebabkan ramai pelajar pada masa kini mempunyai tahap pengetahuan yang rendah. Jika di biarkan, masalah ini pastinya akan menjadi virus yang sukar dirawat.

malas belajar

Malas belajar tidak akan mendorong kepada kejayaan

Ramai pelajar pada masa kini  tidak dapat menguasai ilmu pelajar dengan baik. Hal ini adalah kerana kesan daripada masalah malas belajar. Menurut pakar psikologi seseorang yang malas belajar adalah kerana mereka tidak memiliki motivasi diri yang baik.

Ciri-ciri seseorang malas belajar:

  • Tidak menepati waktu sesi pembelajaran dengan baik
  • Sering menunda waktu belajar
  • Gemar menyuruh orang lain melakukan kerja rumah mereka
  • Banyak alasan untuk mengulangkaji pelajaran
  • Malas dalam memahami pelajaran
  • Keadaan belajar tidak selesa

Punca seseorang malas belajar:

  • Berfikiran negatif
  • Tidak yakin pada kemampuan diri
  • kurang semangat untuk belajar
  • Tidak memahami soalan
  • Suasana belajar yang tidak selesa
  • Kurang prasarana
  • Keadaan fizikal yang kurang sihat
  • Lebih gemar bersosial
  • Tabiat malas belajar yang menebal
  • Malas berfikir
  • Malas mengulangkaji
  • Tidak memahami kepentingan belajar

Solusi masalah malas belajar:

  • Mewujudkan suasana belajar yang selesa
  • Menumpukan perhatian semasa guru menyampaikan maklumat
  • Sentiasa bersemangat semasa belajar
  • Yakin pada diri untuk belajar
  • Cara penyampaian guru yang memuaskan
  • Hubungan guru dan pelajar yang baik
  • Cara belajar yang mudah difahami

Suplemen yang membantu dalam menghubungkan sel-sel otak adalah penting sebagai makanan tambahan. Ini adalah kerana ia dapat membantu melahirkan minda yang hebat. Bagi membantu mengatasi masalah malas belajar, ambillah Brilliante dan Pro dg sebagai vitamin perhubungan sel otak kanan dan kiri. Berkemungkinan dengan pengambilan  Brilliante dan Pro dg yang berterusan ia dapat mengatasi masalah malas belajar.