Kanak-kanak Lembam (Slow Learner)

Kanak-kanak Lembam ( slow learner)

 

Definisi kanak-kanak lembam (slow learner)

Lembam (slow learner) adalah anak – kanak yang tidak boleh mengikuti sesi pembelajaran di dalam kelas dan sesi kokurikulum dengan baik. Kanak-kanak ini lambat dalam mencapai sesuatu objektif pembelajaran yang mudah dan objektif jangka pendek. Kanak-kanak lembam (slow learner) ini juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah.

Atasi masalah lembam (slow leaner) untuk masa depan yang cemerlang

Atasi masalah lembam (slow learner) untuk masa depan yang cemerlang

Ciri kanak-kanak lembam (slow learner):

  • Pencapaian akedemik berbeza
  • Tidak aktif
  • Pendiam/banyak cakap
  • Sukar menerima arahan
  • Tidak dapat berkomunikasi dengan baik
  • Menyebut huruf-huruf tidak tepat
  • Meninggalkan huruf, sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis
  • Tulisan yang sukar dibaca
  • Salah dalam ejaan dan tanda bacaan
  • Permikiran yang tidak berkembang
  • Tatabahasa yang tidak tepat

 

Punca kanak-kanak lembam (slow learner):

  • Baka
  • Intelek yang rendah
  • Masalah emosi
  • Kemantangan yang lambat
  • Lemah daya ingatan
  • Kurang rangsangan
  • Faktor-faktor kesihatan
  • Persekitaran yang tidak selesa
  • Amalan pemakanan yang tidak sihat/teratur
  • Penyakit semasa pembesaran selepas lahir
  • Kesan ubat hamil

 

Cara mengatasi masalah kanak-kanak lembam (slow learner):

  • Rujuk pakar
  • Wujudkan suasana pembelajaran yang selesa
  • Banyakkan latih tubi
  • Jauhkan perkataan negatif
  • Memberikan lebih banyak rangsangan
  • Kurangkan pengambilan ubat semasa hamil
  • Mengamalkan pemakanan yang sihat
  • Mengambil suplemen untuk otak
  • Menguatkan daya ingatan mereka
  • Menghantar ke sekolah yang sesuai

 

Ramai ibu bapa yang tidak mahu anak-anak mereka mengalami maslah lembam (slow learner). Oleh itu anda mestilah bijak dalam mengatur aktiviti, cara berinteraksi dan berfikir anak-anak. Peranan ibu bapa adalah sangat penting dalam merangkumi aspek pembelajaran  anak-anak mereka.

Brilliante dan Pro dg telah dirumus khas bagi mengatasi masalah lembam (slow learner). Produk ini mengandungi kolina dan lecithin iaitu bahan yang sangat diperlukan sel-sel otak. Brilliante dan Pro dg ialah kombinasi dua produk yang hebat. Ia sangat bekesan untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan sel-sel otak.

Advertisements

Definisi Malas Belajar dan Solusinya

Definisi Malas Belajar dan Solusinya

Definisi malas belajar adalah seseorang yang tidak mahu mengikuti proses pembelajaran dengan baik untuk memahami dan menganalisis materi pelajaran. Akibat daripada masalah malas belajar mereka lebih gemar melakukan aktiviti yang kurang berfaedah. Hal ini menyebabkan ramai pelajar pada masa kini mempunyai tahap pengetahuan yang rendah. Jika di biarkan, masalah ini pastinya akan menjadi virus yang sukar dirawat.

malas belajar

Malas belajar tidak akan mendorong kepada kejayaan

Ramai pelajar pada masa kini  tidak dapat menguasai ilmu pelajar dengan baik. Hal ini adalah kerana kesan daripada masalah malas belajar. Menurut pakar psikologi seseorang yang malas belajar adalah kerana mereka tidak memiliki motivasi diri yang baik.

Ciri-ciri seseorang malas belajar:

  • Tidak menepati waktu sesi pembelajaran dengan baik
  • Sering menunda waktu belajar
  • Gemar menyuruh orang lain melakukan kerja rumah mereka
  • Banyak alasan untuk mengulangkaji pelajaran
  • Malas dalam memahami pelajaran
  • Keadaan belajar tidak selesa

Punca seseorang malas belajar:

  • Berfikiran negatif
  • Tidak yakin pada kemampuan diri
  • kurang semangat untuk belajar
  • Tidak memahami soalan
  • Suasana belajar yang tidak selesa
  • Kurang prasarana
  • Keadaan fizikal yang kurang sihat
  • Lebih gemar bersosial
  • Tabiat malas belajar yang menebal
  • Malas berfikir
  • Malas mengulangkaji
  • Tidak memahami kepentingan belajar

Solusi masalah malas belajar:

  • Mewujudkan suasana belajar yang selesa
  • Menumpukan perhatian semasa guru menyampaikan maklumat
  • Sentiasa bersemangat semasa belajar
  • Yakin pada diri untuk belajar
  • Cara penyampaian guru yang memuaskan
  • Hubungan guru dan pelajar yang baik
  • Cara belajar yang mudah difahami

Suplemen yang membantu dalam menghubungkan sel-sel otak adalah penting sebagai makanan tambahan. Ini adalah kerana ia dapat membantu melahirkan minda yang hebat. Bagi membantu mengatasi masalah malas belajar, ambillah Brilliante dan Pro dg sebagai vitamin perhubungan sel otak kanan dan kiri. Berkemungkinan dengan pengambilan  Brilliante dan Pro dg yang berterusan ia dapat mengatasi masalah malas belajar.

Individu Lemah dan Malas

Individu Lemah dan Malas

Lemah bermaksud tidak berdaya sama ada dari segi fizikal atau mental. Malas pula bermaksud berat dalam melakukan sesuatu urusan atau perkara. Dalam bahasa arab malas disebut sebagai al-kaslu. Individu yang lemah dan malas adalah individu yang tiada keyakinan diri serta tahap iq yang sangat lemah(rendah).

Individu yang lemah dan malas tidak akan memperolehi kejayaan

Individu yang lemah dan malas tidak akan memperolehi kejayaan

Antara sebab atau punca sesesorang individu itu lemah dan malas adalah:

  • Sifat atau tabiat seseorang itu sendiri
  • Suasana pendidikan yang kurang selesa
  • Kurang teladan yang baik daripada ibu bapa atau orang dewasa
  • Sering tidur
  • Lingkungan dan masyarakat yang negatif
  • Tiada keinginan mencapai sesuatu perkara
  • Kurang tumpuan semasa belajar
  • Lemah dalam berfikir
  • Malas melakukan sesuatu sendiri
  • Pemakanan yang tidak sihat dan boleh melemahkan otak

Di sini terdapat beberapa tips bagi mengatasi masalah individu lemah dan malas:

  • Menghargai masa/bijak menguruskan masa
  • Bergaul dengan rakan yang lain
  • Melakukan kegiatan bermanfaat
  • Bagi yang beragama islam sentiasalah berdoa
  • Sentiasa mengulangkaji
  • Berfikir secara positif
  • Mengamalkan pemakanan sihat
  • Bersukan/beriadah
  • Buang tabiat yang negatif
  • Mewujudkan suasana pendidikan yang selesa
  • Mengatasi masalah lemah dari segi mental dan fizikal

Seperti kata pantun dua rangkap ini emas perak tembaga suasa, malas bergerak tidak merasa. Pantun ini memberi maksud kesan buruk yang bakal diterima oleh individu yang malas bergerak atau membuat pekerjaan adalah mereka yang tidak akan merasai
kesenangan hidup. Sebagai individu yang mahukan kejayaan dalam kehidupan sudah pastinya mereka ingin mengatasi masalah lemah dan malas ini daripada terus menular.

Oleh itu bagi mengatasi masalah lemah dan malas ini, mereka disarankan supaya mengambil suplemen hebat yang telah kami hasilkan. Suplemen ini dinamakan sebagai Brilliante dan Pro dg yang berkhasiat sebagai vitamin untuk minda yang hebat.

Genius

Genius

Individu pintar individu genius

Individu pintar individu genius

Genius bererti seseorang individu yang mempunyai tahap kebijaksanaan (intelligent)  yang tinggi (IQ 140 ke atas). Genius juga terhadap seseorang yang mempunyai tahap kemampuan luar biasa.  Dalam kamus dewan edisi keempat pula genius dimaksudkan sebagai sangat pintar atau cerdik.

Berikut adalah individu yang genius dengan mencatat tahap IQ yang tinggi:

Albert Einstein (14 Mac 1879 – 18 April, 1955) ialah seorang ahli fizik teori berbangsa Jerman yang telah dipandang sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-20. Beliau mengemukakan teori kerelatifan (relativity) dan membuat banyak sumbangan utama kepada perkembangan mekanik kuantum, mekanik statistik dan kosmologi. Einstein telah dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1921 bagi penjelasannya mengenai kesan fotoelektrik dalam tahun 1905 serta “khidmatnya kepada Fizik Teori”. Selepas teori relatif amnya dirumus pada November 1915, Einstein mencapai kemashyuran di seluruh dunia. Dalam budaya pop, namanya sering disinonimkan dengan kecerdasan.

(Rujukan: ms.wikipedia.org)

Antara ciri individu yang genius adalah:

  • Lebih peka terhadap informasi di sekitar
  • Menganalisis sesuatu secara detail seperti perilaku/kelakuan seseorang
  • Mampu belajar dengan cepat
  • Membaca dan menulis di awal usia
  • Berbakat dalam bidang muzik dan artistic
  • Mempunyai ingatan yang baik
  • Minat yang luas dalam semua perkara
  • Menunjukkan konsentrasi yang baik
  • Memahami konsep yang rumit/sulit

Rahsia menjadi genius:

  • Sentiasa yakin dengan diri sendiri
  • Melakukan perkara yang baik
  • Tidur dan rehat yang cukup
  • Sentiasa menjaga kesihatan tubuh
  • Bermain permainan yang mampu mengasah minda
  • Belajar dengan tekun
  • Bersarapan waktu pagi
  • Berfikiran luas
  • Belajar pelbagai perkara baru
  • Mengambil suplemen untuk minda

Bagi membantu anda menjadi individu yang genius serta meningkatkan tahap IQ,  kami menyarankan anda mengambil  Briliante dn Pro DG iaitu suplemen yang telah dirumus khas untuk minda yang hebat. Produk ini mengandungi lecithin dan kolina iaitu antara bahan yang diperlukan otak.

Kemahairan Belajar

Kemahiran Belajar

Kemahiran belajar adalah keupayaan seseorang untuk menguasai semua pelajaran dengan baik dan cepat. Kemahiran belajar adalah penting kerana dengannya seseorang dapat mengetahui sejauh mana mereka dapat menguasai pelajaran. Mereka juga dapat mengenalpasti kelemahan diri dan juga kecekapan diri dalam memahami dan menguasai ilmu.

Kemahiran belajar merupakan satu skill yang perlu dipelajari

Kemahiran belajar merupakan satu skill yang perlu dipelajari

Kemahiran belajar adalah penting bagi meningkatkan:

  • Daya belajar
  • Disiplin diri
  • Kemahiran memahami sesuatu dengan cepat
  • Daya ingatan yang kuat
  • Penguasaan ilmu belajar yang mantap
  • Mencapai cita-cita dengan mudah
  • Kemahiran pengurusan masa yang efektif
  • Pencapaian cemerlang dalam akademik

Pelajar haruslah memberi tumpuan yang baik dan penuh minat dalam setiap mata pelajaran. Selain itu, tidur yang cukup adalah penting bagi mengelakkan gangguan emosi semasa belajar. Cara penyampaian guru yang kurang memuaskan juga antara penyebab pelajar suka berkhayal semasa sesi pembelajaran dijalankan. Hal ini adalah kerana gangguan semasa pembelajaran akan menyebabkan ramai pelajar tidak dapat menguasai kemahiran belajar.

Antara kaedah kemahiran belajar yang dilakukan di Negara-negara maju ialah seperti berikut:

  1. Flash Card: Bagi kanak-kanak yang baru belajar membaca, kaedah flash card (kad imbasan) digunakan bagi merangsang otak untuk cepat membaca.
  2. Antara kaedah yang lain adalah seperti berikut:
  • Pemikiran kritikal, pemikiran kreatif dan komunikasi

Antara kaedah yang perlu dilakukan bagi meningkatkan kemahiran belajar adalah:

  • Mengawal tumpuan dan perhatian semasa guru sedang mengajar
  • Menguruskan diri dan masa dengan baik
  • Mencatat setiap isi pembelajaran sebagai nota
  • Meningkatkan kemahiran mengingati
  • Belajar dalam keadaan selesa
  • Berfikiran terbuka
  • Tidak berbual semasa belajar
  • Meningkatkan minat pada semua mata pelajaran
  • Kemahiran mengulangkaji pelajaran

Ibu bapa adalah individu yang paling dekat dan mengenali anak-anak mereka. Oleh itu, sebagai ibu bapa yang perihatin anda seharusnya membantu mereka dalam meningkatkan kemahiran belajar.  Penyediaan pemakanan yang seimbang adalah penting bagi memastikan mereka sentiasa sihat dalam proses tumbesaran fizikal dan perkembangan mental.

Kami sedia membantu ibu bapa dengan menyediakan Brilliante dan PRO DG iaitu suplemen untuk minda yang hebat kepada anak-anak mereka bagi meningkatkan kemahiran belajar.

Apakah Disleksia (Dyslexia)?

Apakah Disleksia (Dyslexia)?

Cara yang baik untuk memahami disleksia adalah untuk mengenali apa yang bukan disleksia (dyslexia). Ia bukan tanda kecerdasan rendah atau kemalasan. Ia juga bukan oleh sebab penglihatan yang lemah. Ia adalah satu keadaan biasa tetapi memberi kesan kepada cara otak memproses sesuatu yang bertulis atau dalam percakapan.

Orang disleksia (dyslexia) menghadapi kesukaran untuk membaca dan menulis

Orang disleksia (dyslexia) menghadapi kesukaran untuk membaca dan menulis

Disleksia banyak berkaitan dengan masalah membaca. Sesetengah doktor, pakar dan pendidik boleh merujuk kepadanya sebagai “gangguan dalam membaca.” Walau bagaimanapun,  ia juga boleh memberi kesan kepada penulisan, ejaan dan juga percakapan.

Orang yang mempunyai disleksia masih boleh memahami idea yang kompleks. Kadang-kadang mereka hanya perlu lebih banyak masa untuk bekerja melalui maklumat. Mereka juga mungkin perlu cara yang berbeza untuk memproses maklumat, seperti mendengar buku audio dan bukannya membacanya.

Disleksia adalah satu keadaan sepanjang hayat. Tetapi itu tidak bermakna anak anda tidak boleh gembira dan berjaya. Terdapat banyak strategi pengajaran yang berkesan dan alat-alat yang boleh membantu anak anda. Malah, ramai orang dengan disleksia mempunyai kerjaya yang berjaya dalam perniagaan, sains dan seni.

Ada senarai panjang orang yang terkenal dengan disleksia. Senarai ini termasuk pengarah Steven Spielberg, pelabur Charles Schwab dan pelakon Whoopi Goldberg.

Disleksia ialah berkenaan masalah pembelajaran, membaca dan mengeja.  Kesukaran membaca perkataan tunggal , seperti pada kad kilat (flash card.) Kekurangan kefasihan membaca, membaca perlahan-lahan dengan banyak kesilapan atau lemah dalam mengeja.  Disleksia bukan penyakit! Perkataan disleksia berasal dari bahasa Yunani dan bermaksud kesukaran dalam berkata-kata. Individu yang mempunyai disleksia mempunyai masalah dengan membaca dan ejaan walaupun mempunyai keupayaan untuk belajar. Individu yang mempunyai disleksia boleh belajar, mereka hanya belajar dengan cara yang berbeza. Selalunya orang ini, mempunyai minda yang berbakat dan produktif tetapi berbeza dalam mempelajari bahasa.

Orang disleksia adalah sangat kreatif, intuitif, dan cemerlang di tiga dimensi penyelesaian masalah dan pembelajaran yang berbentuk “hands-on”. Gaya pembelajaran pula hendaklah berbentuk visual dan holistic. Ini bermakna kita belajar dengan lebih baik melalui proses kreatif, dengan kaedah yang memberi tumpuan kepada penguasaan makna melalui perkataan dan simbol.

Apabila orang disleksia menggunakan kaedah yang sesuai dengan gaya pemikiran mereka, maka mereka boleh belajar,  boleh cemerlang dalam akademik dan membaca dan menulis dengan cekap.

Oleh kerana disleksia (dyslexia) ini melibatkan fungsi otak untuk memahami perkataan dan ejaan, maka adalah dicadangkan menggunakan Brilliante dan Pro-DG sebagai makanan harian.

Rujukan: Understood.org, dyslexia.com dan dyslexiaassociation.org.au

Left and Right Brain

This is about improving your Left and Right Brain. Try using this product for a month and you will notify the difference ini your memory, thought and thinking. There is no drug or chemical used. It is safe even for your kid and was tested for years. Gods willing. It is based on years of research.

brilliante