8 Tips Mudah Pantas Belajar

8 Tips Mudah Pantas Belajar

Kebanyakan individu sudah pastinya mengimpikan kelebihan dalam ilmu  pantas belajar. Pantas belajar bermaksud kecekapan seseorang individu dalam  menguasai apa yang dipelajari dan dilihat. Individu seperti ini dapat mengolah sendiri setiap perkara yang diketahui. Tidak dinafikan terdapat banyak halangan untuk seseorang individu menguasai ilmu pantas belajar.Oleh itu anda mestilah mengikuti setiap tips mudah untuk pantas belajar yang disarankan.

Pantas belajar membolehkan anda cekap dalam berfikir

Pantas belajar membolehkan anda cekap dalam berfikir

Antara halangan seseorang idividu kurang menguasai ilmu pantas belajar:

  • Sering mendapat gred rendah
  • Tidak yakin pada diri
  • Kurang tumpuan dalam kelas
  • Daya ingatan yang lemah
  • Kurang membuat latihan
  • Mengambil masa yang lama untuk menguasai ilmu pelajaran
  • Tidak tahu teknik belajar dengan pantas
  • Malas mengulangkaji

8 tips mudah pantas belajar:

  • Mengulangkaji pelajaran  – Sentiasa mengulangkaji setiap mata pelajaran yang dipelajari supaya difahami dengan lebih jelas.
  • Suasana pembelajaran – Mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa supaya minda lebih tenang dan mudah menerima apa yang dipelajari.
  • Tidak paksa diri – Tidak memaksa diri untuk belajar berlebihan kerana badan dan otak juga memerlukan rehat yang cukup.
  • Belajar awal pagi – Diwaktu pagi otak lebih segar dan mudah mengingati setiap yang dilakukan.
  • Mencatat secara ringkas – Membuat catatan kecil supaya mudah dirujuk atau dibaca. Hal ini tidak akan mengelirukan otak anda.
  • Belajar berkumpulan – Belajar bersama rakan juga akan menambah ilmu pengetahuan dan membolehkan anda pantas belajar sesuatu.
  • Fokus ‘tumpuan’ – Memberi tumpuan semasa sesi pembelajaran berlangsung. Perkara ini akan menyebabkan anda mudah mengingati point penting dalam setiap baris ayat.
  • Mempraktik – Bukan sahaja mendengar, anda juga mestilah memahami dan menghafal setiap perkataan penting yang dipelajari dengan lebih pantas.

Kami menyediakan Brilliante dan Pro dg iaitu kombinasi  hebat untuk perhubungan sel-sel otak. Produk ini dihasilkan sebagai makanan tambahan untuk melahirkan otak yang cerdas.

Advertisements

Kanak-kanak Lembam (Slow Learner)

Kanak-kanak Lembam ( slow learner)

 

Definisi kanak-kanak lembam (slow learner)

Lembam (slow learner) adalah anak – kanak yang tidak boleh mengikuti sesi pembelajaran di dalam kelas dan sesi kokurikulum dengan baik. Kanak-kanak ini lambat dalam mencapai sesuatu objektif pembelajaran yang mudah dan objektif jangka pendek. Kanak-kanak lembam (slow learner) ini juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah.

Atasi masalah lembam (slow leaner) untuk masa depan yang cemerlang

Atasi masalah lembam (slow learner) untuk masa depan yang cemerlang

Ciri kanak-kanak lembam (slow learner):

  • Pencapaian akedemik berbeza
  • Tidak aktif
  • Pendiam/banyak cakap
  • Sukar menerima arahan
  • Tidak dapat berkomunikasi dengan baik
  • Menyebut huruf-huruf tidak tepat
  • Meninggalkan huruf, sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis
  • Tulisan yang sukar dibaca
  • Salah dalam ejaan dan tanda bacaan
  • Permikiran yang tidak berkembang
  • Tatabahasa yang tidak tepat

 

Punca kanak-kanak lembam (slow learner):

  • Baka
  • Intelek yang rendah
  • Masalah emosi
  • Kemantangan yang lambat
  • Lemah daya ingatan
  • Kurang rangsangan
  • Faktor-faktor kesihatan
  • Persekitaran yang tidak selesa
  • Amalan pemakanan yang tidak sihat/teratur
  • Penyakit semasa pembesaran selepas lahir
  • Kesan ubat hamil

 

Cara mengatasi masalah kanak-kanak lembam (slow learner):

  • Rujuk pakar
  • Wujudkan suasana pembelajaran yang selesa
  • Banyakkan latih tubi
  • Jauhkan perkataan negatif
  • Memberikan lebih banyak rangsangan
  • Kurangkan pengambilan ubat semasa hamil
  • Mengamalkan pemakanan yang sihat
  • Mengambil suplemen untuk otak
  • Menguatkan daya ingatan mereka
  • Menghantar ke sekolah yang sesuai

 

Ramai ibu bapa yang tidak mahu anak-anak mereka mengalami maslah lembam (slow learner). Oleh itu anda mestilah bijak dalam mengatur aktiviti, cara berinteraksi dan berfikir anak-anak. Peranan ibu bapa adalah sangat penting dalam merangkumi aspek pembelajaran  anak-anak mereka.

Brilliante dan Pro dg telah dirumus khas bagi mengatasi masalah lembam (slow learner). Produk ini mengandungi kolina dan lecithin iaitu bahan yang sangat diperlukan sel-sel otak. Brilliante dan Pro dg ialah kombinasi dua produk yang hebat. Ia sangat bekesan untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan sel-sel otak.

Definisi Malas Belajar dan Solusinya

Definisi Malas Belajar dan Solusinya

Definisi malas belajar adalah seseorang yang tidak mahu mengikuti proses pembelajaran dengan baik untuk memahami dan menganalisis materi pelajaran. Akibat daripada masalah malas belajar mereka lebih gemar melakukan aktiviti yang kurang berfaedah. Hal ini menyebabkan ramai pelajar pada masa kini mempunyai tahap pengetahuan yang rendah. Jika di biarkan, masalah ini pastinya akan menjadi virus yang sukar dirawat.

malas belajar

Malas belajar tidak akan mendorong kepada kejayaan

Ramai pelajar pada masa kini  tidak dapat menguasai ilmu pelajar dengan baik. Hal ini adalah kerana kesan daripada masalah malas belajar. Menurut pakar psikologi seseorang yang malas belajar adalah kerana mereka tidak memiliki motivasi diri yang baik.

Ciri-ciri seseorang malas belajar:

  • Tidak menepati waktu sesi pembelajaran dengan baik
  • Sering menunda waktu belajar
  • Gemar menyuruh orang lain melakukan kerja rumah mereka
  • Banyak alasan untuk mengulangkaji pelajaran
  • Malas dalam memahami pelajaran
  • Keadaan belajar tidak selesa

Punca seseorang malas belajar:

  • Berfikiran negatif
  • Tidak yakin pada kemampuan diri
  • kurang semangat untuk belajar
  • Tidak memahami soalan
  • Suasana belajar yang tidak selesa
  • Kurang prasarana
  • Keadaan fizikal yang kurang sihat
  • Lebih gemar bersosial
  • Tabiat malas belajar yang menebal
  • Malas berfikir
  • Malas mengulangkaji
  • Tidak memahami kepentingan belajar

Solusi masalah malas belajar:

  • Mewujudkan suasana belajar yang selesa
  • Menumpukan perhatian semasa guru menyampaikan maklumat
  • Sentiasa bersemangat semasa belajar
  • Yakin pada diri untuk belajar
  • Cara penyampaian guru yang memuaskan
  • Hubungan guru dan pelajar yang baik
  • Cara belajar yang mudah difahami

Suplemen yang membantu dalam menghubungkan sel-sel otak adalah penting sebagai makanan tambahan. Ini adalah kerana ia dapat membantu melahirkan minda yang hebat. Bagi membantu mengatasi masalah malas belajar, ambillah Brilliante dan Pro dg sebagai vitamin perhubungan sel otak kanan dan kiri. Berkemungkinan dengan pengambilan  Brilliante dan Pro dg yang berterusan ia dapat mengatasi masalah malas belajar.

Kemahairan Belajar

Kemahiran Belajar

Kemahiran belajar adalah keupayaan seseorang untuk menguasai semua pelajaran dengan baik dan cepat. Kemahiran belajar adalah penting kerana dengannya seseorang dapat mengetahui sejauh mana mereka dapat menguasai pelajaran. Mereka juga dapat mengenalpasti kelemahan diri dan juga kecekapan diri dalam memahami dan menguasai ilmu.

Kemahiran belajar merupakan satu skill yang perlu dipelajari

Kemahiran belajar merupakan satu skill yang perlu dipelajari

Kemahiran belajar adalah penting bagi meningkatkan:

  • Daya belajar
  • Disiplin diri
  • Kemahiran memahami sesuatu dengan cepat
  • Daya ingatan yang kuat
  • Penguasaan ilmu belajar yang mantap
  • Mencapai cita-cita dengan mudah
  • Kemahiran pengurusan masa yang efektif
  • Pencapaian cemerlang dalam akademik

Pelajar haruslah memberi tumpuan yang baik dan penuh minat dalam setiap mata pelajaran. Selain itu, tidur yang cukup adalah penting bagi mengelakkan gangguan emosi semasa belajar. Cara penyampaian guru yang kurang memuaskan juga antara penyebab pelajar suka berkhayal semasa sesi pembelajaran dijalankan. Hal ini adalah kerana gangguan semasa pembelajaran akan menyebabkan ramai pelajar tidak dapat menguasai kemahiran belajar.

Antara kaedah kemahiran belajar yang dilakukan di Negara-negara maju ialah seperti berikut:

  1. Flash Card: Bagi kanak-kanak yang baru belajar membaca, kaedah flash card (kad imbasan) digunakan bagi merangsang otak untuk cepat membaca.
  2. Antara kaedah yang lain adalah seperti berikut:
  • Pemikiran kritikal, pemikiran kreatif dan komunikasi

Antara kaedah yang perlu dilakukan bagi meningkatkan kemahiran belajar adalah:

  • Mengawal tumpuan dan perhatian semasa guru sedang mengajar
  • Menguruskan diri dan masa dengan baik
  • Mencatat setiap isi pembelajaran sebagai nota
  • Meningkatkan kemahiran mengingati
  • Belajar dalam keadaan selesa
  • Berfikiran terbuka
  • Tidak berbual semasa belajar
  • Meningkatkan minat pada semua mata pelajaran
  • Kemahiran mengulangkaji pelajaran

Ibu bapa adalah individu yang paling dekat dan mengenali anak-anak mereka. Oleh itu, sebagai ibu bapa yang perihatin anda seharusnya membantu mereka dalam meningkatkan kemahiran belajar.  Penyediaan pemakanan yang seimbang adalah penting bagi memastikan mereka sentiasa sihat dalam proses tumbesaran fizikal dan perkembangan mental.

Kami sedia membantu ibu bapa dengan menyediakan Brilliante dan PRO DG iaitu suplemen untuk minda yang hebat kepada anak-anak mereka bagi meningkatkan kemahiran belajar.

Membentuk Pelajar Cemerlang

Membentuk Pelajar Cemerlang

Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang memperoleh kejayaan dalam pelajaran dan juga kehidupan. Setiap dari kita sudah pastinya mahukan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaaan. Pelajar yang cemerlang dalam pelajaran secara tidak langsung telah melakar kehidupan mereka untuk masa hadapan. Namun tidak semua yang diimpikan sangat mudah untuk dicapai. Oleh itu, usaha mestilah dilakukan supaya dapat merealisasikan impian seseorang.

Pelajar cemerlang adalah aset masa hadapan

Pelajar cemerlang adalah aset masa hadapan

Pelajar cemerlang adalah aset masa hadapan

Setiap ibu bapa juga pastinya mempunyai impian yang sama untuk melihat anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Pelajar yang cemerlang biasanya pelajar yang berfikir secara positif, kreatif dan mempunyai tahap IQ yang tinggi.

Ibu bapa mempunyai peranan dalam mendidik anak mereka dirumah dan guru pula di sekolah. Antara peranan ibu bapa adalah:

  • Sentiasa mendisiplinkan anak-anak
  • Mengikuti perkembangan dan pergerakan anak-anak
  • Mewujudkan persekitaran keluarga yang selesa
  • Menyediakan keperluan asas
  • Sabar dalam memberi tunjuk ajar
  • Mengawasi dan mengenali pergaulan serta rakan mereka
  • Sering mengadakan perbincangan antara keluarga
  • Menghormati masa belajar mereka
  • Sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat
  • Membuat keputusan dengan berfikir secara matang
  • Bijak berfikir dengan pandangan yang luas dan rasional
  • Bertimbang rasa

Dorongan daripada keluarga mahupun rakan sebaya adalah penting dalam membantu menaikkan semangat dalam pembelajaran. Selain itu didikan dan kepimpinan yang betul daripada ibu bapa dan guru akan memberi impak yang baik kepada pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

Pelajar yang ingin cemerlang dalam pelajaran anda haruslah bijak mengatasi halangan untuk mencapai impian. Antara tips nya adalah seperti:

  • Semangat yang kuat
  • Ubah sikap ke arah yang positif
  • Menjaga personaliti diri
  • Beriadah
  • Menjaga pemakanan
  • Tidak kedekut ilmu
  • Jangan sombong
  • Yakin pada diri
  • Sentiasa berfikiran luas

Di sini kami menyediakan Briliante dan Pro DG iaitu suplemen khas bagi membantu pelajar merealisasikan impian mereka untuk bergelar sebagai pelajar yang cemerlang dalam akademik.

 

Tahun Baru, Persekolahan Baru: Anak anda adalah keutamaan anda

Anak adalah keutamaan anda.

Sempena bukanya semula musim persekolahan tahun 2015 ini, bermulalah semula semangat baru untuk menuntut ilmu. Dari ilmu lahirnya kemajuan. Dari ilmu lahirnya kebijaksanaan. Musim Baru, semangat baru la katakan..

Anak anda adalah keutamaan anda

Anak anda adalah keutamaan anda

Bagi ibu bapa, jangan abaikan semangat anak-anak anda yang ingin belajar… tetapi kemampuan mereka terhad. Kita kena bantu mereka merealisasikan kehendak mereka. Anda bukan sahaja kena bagi mereka alat bantuan untuk belajar seperti buku, pakaian, alat tulis, semangat, panduan dan kepimpinan… malah vitamin untuk kecergasan minda mereka – Brilliante dan Pro-DG.

Barulah lengkap kerja-kerja anda bagi membolehkan mereka belajar secara sendiri… dengan otak yang cemerlang… ingatan yang padu.. mereka akan lebih terdorong untuk belajar.