Pintar (Smart) VS Rajin (Hardworking)

Pintar (Smart) VS Rajin (Hardworking)

Pintar (smart) adalah seseorang yang mempunyai tahap IQ yang tinggi. Apabila seseorang berfikir dengan cara yang pintar (smart), dia dapat menyelesaikan tugas dan masa digunakan dengan sempurna. Seorang yang pintar (smart) akan membuat senarai tugas yang perlu dilakukannya dan berdasarkan kepentingan.

Pelajar rajin (hardworking) akan melahirkan pelajar pintar (smart)

Pelajar rajin (hardworking) akan melahirkan pelajar pintar (smart)

Rajin (hardworking) pula adalah sikap seseorang yang giat dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Di sekolah, pelajar rajin (hardworking) akan mengkaji keseluruhan perkara, membuat nota dan bersedia untuk peperiksaan. Manakala pelajar pintar (smart) akan menumpukan perhatian yang lebih kepada teori atau konsep yang mereka tidak pasti dan memberikan fokus dengan lebih dalam.

Kadang-kadang, kita boleh melihat pelajar pintar (smart) mendapat gred yang lebih baik daripada pelajar rajin (hardworking). Hal ini adalah kerana pelajar pintar (smart) tahu bagaimana untuk mengutamakan tugas penting mereka dan menguruskan masa dengan cekap.

Pelajar yang rajin (hardworking) hanya memberi tumpuan terhadap tugas mereka lakukan. Tetapi malangnya, mereka kurang menguasai sesuatu dan tidak mampu menguruskan masa dengan cekap. Ini adalah kerana mereka lupa untuk melakukan perkara-perkara penting dan memberikan perhatian yang lebih terhadap teori dan konsep.

Tidak salah untuk menjadi seorang pelajar rajin (hardworking). Rajin (hardworking) adalah penting dan tidak syak lagi, tetapi adalah lebih baik jika pintar (smart) dan rajin (hardworking) digabungkan.  Jadi, tidak hanya memberikan tumpuan untuk menjadi pelajar rajin (hardworking) tetapi untuk menjadi pelajar pintar (smart) juga. Cubalah untuk seimbangkan kemahiran interpersonal dan kemahiran pengurusan masa untuk kecemerlangan hidup.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s