Terapi Kanak-kanak Hiperaktif

Terapi Kanak-kanak Hiperaktif

Hiperaktif adalah gangguan tingkah laku yang tidak normal. Kanak-kanak hiperaktif adalah kanak-kanak yang mengalami gangguan pemusatan perhatian dengan hiperaktivitas motorik. Masalah ini dikenali sebagai Attention Deficit Hiperactivity Disorder (ADHD) dan Attention Deficit Disorder (ADD). Masalah ini telah menjangkiti 3-5%  kanak-kanak yang berusia 4-14 tahun.

Terapi adalah penting untuk kanak-kanak hiperaktif

Terapi adalah penting untuk kanak-kanak hiperaktif

Kanak-kanak hiperaktif ini tidak mampu memusatkan perhatian (konsentrasi) pada satu tugas tertentu. Selalunya mereka mudah gelisah dan tidak boleh duduk dengan tenang. Para ahli bersepakat menyatakan masalah hiperaktif ini berpunca daripada kerosakan kecil pada sistem saraf pusat dan otak. Kanak-kanak hiperaktif bergerak tidak searah. Mereka juga kerap gagal menyelesaikan sesuatu tugas.

Para ahli mempunyai perbezaan pendapat mengenai masalah ini, mereka membahagikan Attention Deficit Hiperactivity Disorder (ADHD) kepada 3 jenis:

  1. Jenis kanak-kanak yang tidak mampu memusatkan perhatian

Perhatian mereka sangat mudah terganggu, tetapi tidak hiperaktif atau Impulsif. Mereka tidak menunjukkan gejala hiperaktif. Jenis ini kebanyakan ada pada kanak-kanak perempuan. Mereka sering mengelamun dan boleh digambarkan seperti sedang berada “di awang-awang”.

  1. Jenis kanak-kanak yang hiperaktif dan impulsif

Mereka menunjukkan gejala yang sangat hiperaktif dan impulsif, tetapi boleh menumpukan perhatian. Jenis ini seringkali ditemui pada kanak-kanak kecil.

  1. Jenis gabungan

Perhatian mereka sangat mudah terganggu, hiperaktif dan impulsif. Kebanyakan kanak    hiperaktif termasuk jenis seperti ini. Jadi yang dimaksudkan dengan hiperaktif adalah suatu  pola perilaku pada seseorang yang menunjukkan sikap tidak mahu diam, tidak terkawal,tidak memberi perhatian dan impulsif (bertindak mengikut kehendak hatinya). Anak hiperaktif selalu bergerak dan tidak pernah merasakan keseronokan permainan atau mainan yang disukai oleh anak-anak lain seusia mereka. Perhatian mereka suka beralih dari satu fokus ke fokus yang lain. Mereka seakan-akan tanpa henti mencari sesuatu yang menarik dan mengasyikkan namun tidak kunjung datang.

Ciri kanak-kanak hiperaktif  boleh dikenali dengan beberapa gejala dan tanda seperti berikut:

  • Kesulitan dalam memberi tumpuan atau perhatian terhadap sesuatu perkara.
  • Tidak memberikan perhatian terhadap sesuatu perincian.
  • Enggan mendengarkan nasihat orang lain.
  • Tidak boleh bermain dengan baik.
  • Tidak boleh duduk dengan tenang.
  • Mempunyai masalah dengan tugas-tugas yang memerlukan perencanaan.

Terapi kanak-kanak hiperaktif

  1. Bantu kanak-kanak hiperaktif mengatur nafasnya ketika ingin menenangkan diri, terutamanya ketika mereka berasa marah atau kecewa.
  2. Hilangkan tekanan pada kanak-kanak hiperaktif dengan membiarkan mereka mandi buih atau air garam suam.
  3. Beri rangsangan fizikal kepada kanak-kanak hiperaktif ini dengan memberikan urutan lembut.
  4. Letakkan kelengkapan aktiviti atau mainan yang dapat membuat mereka tenang.
  5. Aturkan suasana bilik dengan menjaga lampu yang malap atau mendengar muzik ketika kanak-kanak hiperaktif memerlukan ketenangan.
  6. melakukankah aktiviti secara rutin setiap hari sehingga kanak-kanak hiperaktif ini tahu apa yang mereka inginkan dan apa yang diharapkan.
  7. Elakkan mereka daripada minuman sejuk, gula, pewarna makanan, dan bahan pengawet dalam makanan yang boleh menyebabkan pergolakan.
  8. Sediakan waktu untuk menampung tenaga tambahan, seperti lari mengelilingi dan bersenam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s