MAKANAN PENYEBAB LUPA

1) Banyak makan epal yang sudah masam.
2) Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan.
3) Banyak makan bawang besar.
4) Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
5) Memakan kepala ikan.
6) Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
7) Makan sehingga terlalu kenyang.
8) Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
9) Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
10) Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
11) Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya minuman bergas dan makanan segera (junk food).
Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

Dipetik dari MAKANAN PENYEBAB LUPA

Advertisements

Sebaik Baik Nafkah

Sebaik Baik Nafkah

Sebaik-baik Nafkah
Hadis Riwayat: Muslim
Dari Tsauban r.a, katanya, Rasulullah SAW bersabda:“Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan oleh seseorang ialah yang dinafkahkannya untuk keluarganya untuk ternakan yang dipeliharanya, untuk kepentingan membela agama Allah (fi sabilillah) dan nafkah untuk para sahabatnya yang berperang fi sabilillah.”
http://www.facebook.com/pages/Begitu-Mudah-Mencapai-Minda-Cemerlang/94152896233
https://mybrilliante.wordpress.com/

Ilmu untuk Dunia Dan Akhirat

Ilmu untuk Dunia Dan Akhirat

Ilmu untuk Dunia Dan Akhirat
Hadis Riwayat at-Tirmidzi
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu.”
http://www.facebook.com/pages/Begitu-Mudah-Mencapai-Minda-Cemerlang/94152896233
https://mybrilliante.wordpress.com/

Memberi Contoh yang Baik

contoh

Memberi Contoh yang Baik
Hadis Riwayat: Muslim
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka.”
http://www.facebook.com/pages/Begitu-Mudah-Mencapai-Minda-Cemerlang/94152896233
https://mybrilliante.wordpress.com/

10 Orang Dikutuk Kerana Arak

10 Orang Dikutuk Kerana Arak

10 Orang Dikutuk Kerana Arak
Hadis Riwayat Anas
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Dalam persoalan arak ada sepuluh orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan hasil wangnya, pembayarnya dan pemesannya .”
http://www.facebook.com/pages/Begitu-Mudah-Mencapai-Minda-Cemerlang/94152896233
https://mybrilliante.wordpress.com/

Kurang Agama Dan Kurang Akal

Kurang Agama Dan Kurang Akal

Kurang Agama Dan Kurang Akal
Hadis Riwayat: Muslim
Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka. Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka? Rasulullah S.A.W bersabda: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? Rasulullah s.a.w bersabda: Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama

http://www.facebook.com/pages/Begitu-Mudah-Mencapai-Minda-Cemerlang/94152896233