Apa Berlaku Apabila Otak Berdusta

MAKLUMAT TAMBAHAN SEBAGAI RUJUKAN:
Menurut Dekan Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Adnan Mohamed Yusoff, di dalam al-Quran ubun-ubun disebut nashiyah. Para ulama dahulu mentafsirkan ayat di atas iaitu ubun ­ubun yang berdusta adalah orang yang menipu.Katanya ayat itu ditafsirkan secara perbandingan. Dalam budaya dan peng­gunaan bahasa Arab, merujuk kepada anggota badan untuk dikiaskan dengan sifat seseorang adalah sesuatu yang lumrah. Contohnya, apabila hendak me­ngatakan seorang itu penipu dan pendus­ta mereka sifatkan pada anggota badan. Sama seperti di dalam bahasa Melayu yang disebut kiasan iaitu kaki bangku, panjang tangan dan telinga nipis.”Dengan perkembangan sains yang semakin pantas, ulama mula meng­kaji maksud ubun-ubun dengan lebih terperinci. Kajian yang dilakukan oleh Sheikh Zahlun Najar dan Abdul Majeed Alzendanee, menemukan fakta tentang ubun-ubun yang boleh dikait­kan dengan al-Quran. Asalnya kajian itu dilakukan oleh sarjana barat.

“Di dalam otak kita ada satu bahagian yang berfungsi untuk mengawal diri, membentuk tingkah laku dan peribadi seseorang. Pusat kawalan itu adalah ubun-ubun yang letaknya di belakang dahi atau dipanggil frontal lobe”.

“Di bahagian itulah pusat kawa­lan segala arahan dikeluarkan, mengawal tingkah laku, berbohong, berbuat salah, kejujuran dan membuat kepu­tusan. Anggota badan hanya menjadi tentera yang menjalankan arahan saja,” jelasnya.

Dr. Adnan menambah lagi, hasil kajian yang menggunakan teknologi canggih telah berjaya mengesan unsur pembohongan. Dari imbasan yang dilakukan, bahagian ubun-ubun meng­hasilkan tenaga yang banyak.

Di katakan semasa berbohong, im­basan menunjukkan 14 kawasan otak akan menjadi aktif berbanding hanya tujuh kawasan saja jika bercakap benar. Menurut Daniel Langleben, seorang ahli psikiatri dan pakar saintis neuro dari Universiti Pennsylvania, ada tiga bahagian otak yang bergerak lebih aktif semasa berbohong iaitu anterior cingu­late cortex, dorsal lateral prefrontal cortex dan parietal cortex. Dari pemerhatian­nya, semasa menipu, aliran darah ke bahagian itu bertambah. Ini bermakna otak sedang bekerja kuat untuk ber­dusta.

Di sini dapat dilihat seolah-olah ada satu pusat komputer yang duduk di ubun-ubun yang telah diset kan dalam mode sentiasa berada pada kedudu­kan benar sepanjang masa. Bila kita bercakap benar, tidak ada sebarang perubahan tenaga yang dapat dikesan pada ubun-ubun. Sebaliknya bila ber­cakap bohong ada tenaga yang dike­luarkan dan ia boleh dikesan.

Penerangan yang boleh dibuat dari perubahan tenaga itu ialah begini, semasa menipu aliran darah akan ber­tambah di bahagian ubun-ubun dan banyak tenaga yang digunakan untuk mencari alasan apa hendak diberikan. Atas alasan itu mereka memutuskan, menipu bukanlah satu perkara yang datang tiba-tiba. Otak harus berfikir benar atau tidak kemudian barulah keputusan dibuat untuk menipu.

Misalnya apabila kita hendak menipu katakanlah, “langit itu hijau”. Otak kita akan berfikir dahulu bahawa warna langit adalah biru tetapi kita hendak menafikannya. Otak akan bekerja keras untuk menafikannya sebelum menge­luarkan kata-kata bahawa langit adalah hijau.

Bagi Dr. Adnan, apa yang dinyata­kan di dalam al-Quran memang ada hubungannya dengan penemuan sain­tifik. Sebagaimana yang Allah sebut ubun-ubun yang berdusta. Hasil pen­emuan mendapati, bahagian frontal lobe itulah yang paling banyak mengeluar­kan tenaga apabila keputusan untuk menipu dibuat.

“Jika sebelum ini ulama mentafsirkan ayat itu secara perbandingan. Secara hakikinya dari sudut saintifik, ayat itu boleh didalami lagi maksudnya. Ubun ­ubun itulah yang berdusta, berbohong, tidak patuh, tidak taat pada perintah Allah kerana ia membuat keputusan,” katanya.

Sumber: Al Islam Mac 2010 (m/s 56-57)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s