Pintar (Smart) VS Rajin (Hardworking)

Pintar (Smart) VS Rajin (Hardworking)

Pintar (smart) adalah seseorang yang mempunyai tahap IQ yang tinggi. Apabila seseorang berfikir dengan cara yang pintar (smart), dia dapat menyelesaikan tugas dan masa digunakan dengan sempurna. Seorang yang pintar (smart) akan membuat senarai tugas yang perlu dilakukannya dan berdasarkan kepentingan.

Pelajar rajin (hardworking) akan melahirkan pelajar pintar (smart)

Pelajar rajin (hardworking) akan melahirkan pelajar pintar (smart)

Rajin (hardworking) pula adalah sikap seseorang yang giat dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Di sekolah, pelajar rajin (hardworking) akan mengkaji keseluruhan perkara, membuat nota dan bersedia untuk peperiksaan. Manakala pelajar pintar (smart) akan menumpukan perhatian yang lebih kepada teori atau konsep yang mereka tidak pasti dan memberikan fokus dengan lebih dalam.

Kadang-kadang, kita boleh melihat pelajar pintar (smart) mendapat gred yang lebih baik daripada pelajar rajin (hardworking). Hal ini adalah kerana pelajar pintar (smart) tahu bagaimana untuk mengutamakan tugas penting mereka dan menguruskan masa dengan cekap.

Pelajar yang rajin (hardworking) hanya memberi tumpuan terhadap tugas mereka lakukan. Tetapi malangnya, mereka kurang menguasai sesuatu dan tidak mampu menguruskan masa dengan cekap. Ini adalah kerana mereka lupa untuk melakukan perkara-perkara penting dan memberikan perhatian yang lebih terhadap teori dan konsep.

Tidak salah untuk menjadi seorang pelajar rajin (hardworking). Rajin (hardworking) adalah penting dan tidak syak lagi, tetapi adalah lebih baik jika pintar (smart) dan rajin (hardworking) digabungkan.  Jadi, tidak hanya memberikan tumpuan untuk menjadi pelajar rajin (hardworking) tetapi untuk menjadi pelajar pintar (smart) juga. Cubalah untuk seimbangkan kemahiran interpersonal dan kemahiran pengurusan masa untuk kecemerlangan hidup.

Terapi Kanak-kanak Hiperaktif

Terapi Kanak-kanak Hiperaktif

Hiperaktif adalah gangguan tingkah laku yang tidak normal. Kanak-kanak hiperaktif adalah kanak-kanak yang mengalami gangguan pemusatan perhatian dengan hiperaktivitas motorik. Masalah ini dikenali sebagai Attention Deficit Hiperactivity Disorder (ADHD) dan Attention Deficit Disorder (ADD). Masalah ini telah menjangkiti 3-5%  kanak-kanak yang berusia 4-14 tahun.

Terapi adalah penting untuk kanak-kanak hiperaktif

Terapi adalah penting untuk kanak-kanak hiperaktif

Kanak-kanak hiperaktif ini tidak mampu memusatkan perhatian (konsentrasi) pada satu tugas tertentu. Selalunya mereka mudah gelisah dan tidak boleh duduk dengan tenang. Para ahli bersepakat menyatakan masalah hiperaktif ini berpunca daripada kerosakan kecil pada sistem saraf pusat dan otak. Kanak-kanak hiperaktif bergerak tidak searah. Mereka juga kerap gagal menyelesaikan sesuatu tugas.

Para ahli mempunyai perbezaan pendapat mengenai masalah ini, mereka membahagikan Attention Deficit Hiperactivity Disorder (ADHD) kepada 3 jenis:

  1. Jenis kanak-kanak yang tidak mampu memusatkan perhatian

Perhatian mereka sangat mudah terganggu, tetapi tidak hiperaktif atau Impulsif. Mereka tidak menunjukkan gejala hiperaktif. Jenis ini kebanyakan ada pada kanak-kanak perempuan. Mereka sering mengelamun dan boleh digambarkan seperti sedang berada “di awang-awang”.

  1. Jenis kanak-kanak yang hiperaktif dan impulsif

Mereka menunjukkan gejala yang sangat hiperaktif dan impulsif, tetapi boleh menumpukan perhatian. Jenis ini seringkali ditemui pada kanak-kanak kecil.

  1. Jenis gabungan

Perhatian mereka sangat mudah terganggu, hiperaktif dan impulsif. Kebanyakan kanak    hiperaktif termasuk jenis seperti ini. Jadi yang dimaksudkan dengan hiperaktif adalah suatu  pola perilaku pada seseorang yang menunjukkan sikap tidak mahu diam, tidak terkawal,tidak memberi perhatian dan impulsif (bertindak mengikut kehendak hatinya). Anak hiperaktif selalu bergerak dan tidak pernah merasakan keseronokan permainan atau mainan yang disukai oleh anak-anak lain seusia mereka. Perhatian mereka suka beralih dari satu fokus ke fokus yang lain. Mereka seakan-akan tanpa henti mencari sesuatu yang menarik dan mengasyikkan namun tidak kunjung datang.

Ciri kanak-kanak hiperaktif  boleh dikenali dengan beberapa gejala dan tanda seperti berikut:

  • Kesulitan dalam memberi tumpuan atau perhatian terhadap sesuatu perkara.
  • Tidak memberikan perhatian terhadap sesuatu perincian.
  • Enggan mendengarkan nasihat orang lain.
  • Tidak boleh bermain dengan baik.
  • Tidak boleh duduk dengan tenang.
  • Mempunyai masalah dengan tugas-tugas yang memerlukan perencanaan.

Terapi kanak-kanak hiperaktif

  1. Bantu kanak-kanak hiperaktif mengatur nafasnya ketika ingin menenangkan diri, terutamanya ketika mereka berasa marah atau kecewa.
  2. Hilangkan tekanan pada kanak-kanak hiperaktif dengan membiarkan mereka mandi buih atau air garam suam.
  3. Beri rangsangan fizikal kepada kanak-kanak hiperaktif ini dengan memberikan urutan lembut.
  4. Letakkan kelengkapan aktiviti atau mainan yang dapat membuat mereka tenang.
  5. Aturkan suasana bilik dengan menjaga lampu yang malap atau mendengar muzik ketika kanak-kanak hiperaktif memerlukan ketenangan.
  6. melakukankah aktiviti secara rutin setiap hari sehingga kanak-kanak hiperaktif ini tahu apa yang mereka inginkan dan apa yang diharapkan.
  7. Elakkan mereka daripada minuman sejuk, gula, pewarna makanan, dan bahan pengawet dalam makanan yang boleh menyebabkan pergolakan.
  8. Sediakan waktu untuk menampung tenaga tambahan, seperti lari mengelilingi dan bersenam.

Memori dan Pembelajaran

Memori dan Pembelajaran

Memori atau ingatan adalah penting dalam pembelajaran. Tanpa memori yang kuat kita tidak akan dapat mengaitkan suatu perkara dengan perkara yang lain. Dengan kata lain, ilmu tidak dapat disimpan menjadi maklumat yang boleh disimpan untuk diguna kemudian hari.

Memori yang baik akan membantu pembelajaran yang cemerlang

Memori yang baik akan membantu pembelajaran yang cemerlang

Memori umpama hard disk yang menyimpan data tentang sesuatu subjek.  Semakin banyak memori, semakin banyak data yang disimpan. Data pula ialah maklumat yang tersimpan menjadi sumber untuk membuat keputusan apabila keadaan memerlukan.

Memori yang tersusun baik dengan ilmu dan maklumat yang berguna akan menghasilkan manusia yang bernilai tinggi dalam masyarakat. Dengan ilmu yang tersimpan itu, seseorang itu akan bijak membuat keputusan, matang dalam menilai dan bertindak, langkahnya tidak sumbang dan fikirannya waras. Dia akan menjadi orang yang bijak, berguna kepada masyarakatnya dan menjadi permata yang amat bernilai – bukannya menjadi sampah masyarakat.

Seseorang itu boleh ketawa, bersedih, gembira dan tercuit hatinya dengan memori lama. Begitu juga seseorang boleh jadi hiba dengan memori luka yang membendung perasaan kecewa. Semua ini terhasil dari ingatan yang tersimpan sejak sekian lama dalam bentuk sel di dalam otak.

Fahamilah fungsi memori supaya ia menyumbang kepada kecemerlangan dalam kehidupan anda. Fahamilah bagaimana memori tercipta agar memori yang baik baik sahaja yang tercerna di dalam ingatan anda.

8 Tips Mudah Pantas Belajar

8 Tips Mudah Pantas Belajar

Kebanyakan individu sudah pastinya mengimpikan kelebihan dalam ilmu  pantas belajar. Pantas belajar bermaksud kecekapan seseorang individu dalam  menguasai apa yang dipelajari dan dilihat. Individu seperti ini dapat mengolah sendiri setiap perkara yang diketahui. Tidak dinafikan terdapat banyak halangan untuk seseorang individu menguasai ilmu pantas belajar.Oleh itu anda mestilah mengikuti setiap tips mudah untuk pantas belajar yang disarankan.

Pantas belajar membolehkan anda cekap dalam berfikir

Pantas belajar membolehkan anda cekap dalam berfikir

Antara halangan seseorang idividu kurang menguasai ilmu pantas belajar:

  • Sering mendapat gred rendah
  • Tidak yakin pada diri
  • Kurang tumpuan dalam kelas
  • Daya ingatan yang lemah
  • Kurang membuat latihan
  • Mengambil masa yang lama untuk menguasai ilmu pelajaran
  • Tidak tahu teknik belajar dengan pantas
  • Malas mengulangkaji

8 tips mudah pantas belajar:

  • Mengulangkaji pelajaran  – Sentiasa mengulangkaji setiap mata pelajaran yang dipelajari supaya difahami dengan lebih jelas.
  • Suasana pembelajaran – Mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa supaya minda lebih tenang dan mudah menerima apa yang dipelajari.
  • Tidak paksa diri – Tidak memaksa diri untuk belajar berlebihan kerana badan dan otak juga memerlukan rehat yang cukup.
  • Belajar awal pagi – Diwaktu pagi otak lebih segar dan mudah mengingati setiap yang dilakukan.
  • Mencatat secara ringkas – Membuat catatan kecil supaya mudah dirujuk atau dibaca. Hal ini tidak akan mengelirukan otak anda.
  • Belajar berkumpulan – Belajar bersama rakan juga akan menambah ilmu pengetahuan dan membolehkan anda pantas belajar sesuatu.
  • Fokus ‘tumpuan’ – Memberi tumpuan semasa sesi pembelajaran berlangsung. Perkara ini akan menyebabkan anda mudah mengingati point penting dalam setiap baris ayat.
  • Mempraktik – Bukan sahaja mendengar, anda juga mestilah memahami dan menghafal setiap perkataan penting yang dipelajari dengan lebih pantas.

Kami menyediakan Brilliante dan Pro dg iaitu kombinasi  hebat untuk perhubungan sel-sel otak. Produk ini dihasilkan sebagai makanan tambahan untuk melahirkan otak yang cerdas.

Sikap Keibubapaan (Parenting)

Sikap Keibubapaan (Parenting)

Ibu bapa adalah watak utama dalam sesebuah keluarga. Ibu bapa juga memikul tanggungjawab, amanah, tugas dan peranan yang penting. Oleh demikian sikap keibubapaan (parenting) adalah sangat penting dalam  sesebuah keluarga. Hal ini adalah kerana sikap keibubapaan (parenting) yang baik akan mewujudkan persekitaran keluarga yang harmoni.

Sikap keibubapaan sangat penting dalam membentuk keluarga harmoni

Sikap keibubapaan sangat penting dalam membentuk keluarga harmoni

Sikap keibubapaan (parenting) juga akan mempengaruhi akhlak anak-anak. Selain itu, daripada sikap keibubapaan (parenting)  yang baik juga akan terbentuk hubungan yang akrab antara anak-anak. Layanan yang baik antara ibu bapa dan anak-anak adalah sangat penting dalam sesebuah keluarga.

Jika sesebuah keluarga itu mempunyai sikap keibubapaan (parenting), mereka pastinya akan menjaga tanggungjawab dalam keluarga. Tanggungjawab adalah sangat penting dalam mewujudkan keluarga yang kukuh.

Ibu bapa bertanggungjawab dalam memastikan:

  • Kecerdasan mental anak-anak
  • Kesihatan tubuh badan anak-anak
  • Pergaulan
  • Akhlak
  • Pendidikan
  • Kasih sayang
  • Perhubungan

Selalunya ibu bapa akan memastikan anak-anak mereka tidak tercebur dalam anasir-anasir seperti hiburan manusia, arak, judi dan sebagainya. Oleh itu tanamlah sikap keibubapaan (parenting) supaya keluarga harmoni dapat terbentuk. Ibu bapa juga bertanggungjawab dalam menjaga emosi anak-anak mereka.

Brilliante dan Pro dg merupakan satu bahan dan makanan yang memberikan kecerdasan kepada anak-anak. Produk ini mampu memberikan daya imaginasi yang kuat kepada mereka.

Mengapa Manusia Perlu Bijak?

Mengapa Manusia Perlu Bijak?

Bijak adalah suatu cerminan sikap dan perlakuan seseorang terhadap sesuatu yang mereka lihat. Dengan kata lain orang yang bijak adalah orang yang mampu mengambil keputusan dengan tepat baik secara langsung mahupun tidak langsung. Manusia yang bijak biasanya akan berinteraksi dengan baik menggunakan bahasa umum. Manusia yang bijak mempunyai sikap yang tenang, tidak terburu-buru dan tegas.

Manusia yang bijak adalah manusia yang berjaya

Manusia yang bijak adalah manusia yang berjaya

Mengapa manusia perlu bijak? Manusia perlu bijak supaya mereka dapat menyumbangkan sesuatu ciptaan kepada orang lain. Mereka juga dapat menyumbangkan hasil rekaan bagi kegunaan manusia.  Antara ciptaan yang boleh digunakan oleh manusia adalah internet, telefon bimbit, computer, dan sebagainya.

Dengan adanya manusia bijak dan tahap IQ yang tinggi, maka akan terhasillah lebih banyak ciptaan. Antaranya kapal laut, bangunan pencakar langit, satelit, telefon pintar dan lain-lain. Kebanyakan ciptaan ini dihasilkan oleh manusia yang mempunyai tahap IQ yang tinggi. Fakta yang tidak dijangkakan adalah, kebanyakan orang yang bijak ini adalah orang Yahudi. Allah telah mengurniakan mereka ini sebagai orang yang bijak dalam sejarah.

jewish invention myths

Hasil ciptaan orang-orang Yahudi yang bijak

JEWS INVENORS

Nama orang-orang Yahudi yang bijak

Antara manusia bijak yang berjaya menghasilkan cipataan dan kemudahan adalah:

  1. Michael Farady – Mencipta elektrik
  2. Charles Babbage – Mencipta computer
  3. Chad Hurley, Steve Chen, Jawed Karim – Pencipta youtube
  4. Peter Henlein – Pencipta jam tangan
  5. Cornelius Van Drebbel – Pencipta kapal selam

(Rujukan tambahan: penemu.co)

Disamping itu, manusia yang bijak tidak seharusnya bersikap sombong dan membangga diri. Hal ini adalah kerana, keistimewaan yang diberikan oleh Allah itu adalah pinjaman sementara.  Ini disebabkan anugerah yang diberikan hanyalah untuk melihat umatnya bersyukur atau tidak. Adakah mungkin mereka juga terdiri daripada salah satu pencipta yang menghancurkan manusia lain.

Memang tidak dinafikan bahawa ‘bijak’ sangat diperlukan manusia. Namun ‘bijak’ juga akan mendatangkan keburukan jika disalahguna. Ia akan mendatangkan kehancuran kepada kehidupan manusia lain seperti peperangan dan sebagainya.

Kemusnahan akibat peperangan di Suriah

Kemusnahan dan kematian akibat peperangan di Suriah

Kesimpulannya kita haruslah bijak dalam membuat melakukan perkara. Hal ini adalah kerana ‘bijak’ sangat mempengaruhi aspek kehidupan. Jadi gunakanlah ‘bijak’ sebaik-baiknya demi kebaikan seluruh manusia.

Brilliante dan Pro dg dapat membantu perhubungan sel-sel otak. Ia mempunyai bahan seperti kolina dan lecithin yang baik untuk otak. Kombinasi dua produk ini mungkin dapat membantu anda untuk bijak dalam berfikir.